Konsep Penipuan (Fraud) Dan Pemalsuan Menurut Kanun Tanah Negara 1965: Satu Analisa

Noraida, Harun and Noor ‘Ashikin, Hamid and Kamaliah, Salleh and Asiah, Bidin (2017) Konsep Penipuan (Fraud) Dan Pemalsuan Menurut Kanun Tanah Negara 1965: Satu Analisa. In: The International Conference On Shariah And Globalisation (ICSG) 2017, 5-6 April 2017, Fakultas Hukum, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia.

[img] Text
FH03-FUHA-18-12036.pdf
Restricted to Registered users only

Download (453kB)

Abstract

Peruntukan seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) adalah merupakan tunjang kepada hak ketuanpunyaan sesuatu hak milik tanah. Namun begitu berikutan berlakunya kes-kes penipuan (fraud) dan pemalsuan akhir-akhir ini seperti yang dilaporkan didada akhbar menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan orang awam terhadap jaminan ke atas pemilikan tanah mereka. Walaupun KTN memandang serius tentang kewujudan penipuan, tetapi KTN tidak menerangkan dengan jelas tentang perlakuan yang bagaimanakah yang dikatakan penipuan seperti yang dimaksudkan dalam KTN. Pemalsuan di bawah KTN tidak termasuk dalam spesis penipuan di bawah seksyen 340(2) KTN, pengecualian pemalsuan diletakkan dalam satu perenggan yang berasingan daripada penipuan. Oleh itu takrifan penipuan (fraud) tanah yang terhad di bawah undang-undang mungkin menjadi satu faktor kepada penjenayah supaya mereka terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu analisis dokumen seperti kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah, buku-buku dan artikel-artikel. Penulisan ini dibuat bagi mengupas konsep fraud dan pemalsuan dalam transaksi urus niaga tanah menurut KTN dan seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai bagi menjamin kepentingan dan hak-hak semua pihak yang terlibat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 00:48
Last Modified: 11 Nov 2020 00:48
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1243

Actions (login required)

View Item View Item