Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor

HANIF, MD LATEH @ JUNID and Izziah Suryani, Mat Resad @ Arshad and Ermy Azziaty, Rozal (2011) Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25 November 2011, Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

[img] Text
FH03-FKI-18-15463.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB)

Abstract

Kedatangan masyarakat Arab dari Hadhramaut ke Alam Melayu membawa kepada hubungan antara golongan tersebut dengan masyarakat tempatan. Antara mereka adalah dari keluarga al-Sagoff, alJunaid dan al-Kaff yang berperanan memberikan sumbangan dalam aspek keagamaan, ekonomi dan juga pentadbiran. Kertas kerja ini akan membincangkan salah seorang tokoh daripada keluarga al-Sagoff, iaitu Sayid Muhammad al-Sagoff. Sayid Muhammad al-Sagoff merupakan salah seorang peniaga Arab yang kaya, terkenal, mewarisi kekayaan keluarganya dan mempunyai pelbagai syarikat perniagaan yang berpengkalan di Singapura. Beliau pernah dilantik sebagai konsul dawlah Uthmaniyah di Singapura dan menjadi wakil kepada penduduk Melayu untuk memohon bantuan kepada dawlah tersebut. Sayid Muhammad al-Sagoff juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Abu Bakar, Johor. Hasil daripada hubungan rapat ini, Sayid Muhammad al-Sagoff dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar, Johor anugerah pingat Darjah Kerabat Diraja dan diberikan tanah konsesi Kukub pada tahun 1878. Pemberian tanah konsesi ini adalah sebagai penghargaan terhadap jasa Sayid Muhammad al-Sagoff yang berperanan menguruskan hal-ehwal kewangan baginda.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 18 Oct 2020 04:41
Last Modified: 19 Oct 2020 04:52
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/119

Actions (login required)

View Item View Item