Konsep Memelihara Maruah (Hifz Al-'Ird) Dakam Rawatan Materniti Di Malaysia

Siti Khatijah, Ismail and Ridzwan, Ahmad and Siti Fatimah, Salleh and Tengku Fatimah Muliana, Tengku Muda (2017) Konsep Memelihara Maruah (Hifz Al-'Ird) Dakam Rawatan Materniti Di Malaysia. In: The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society, 4-5 March 2017, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Text
FH03-FKI-18-12416.pdf
Restricted to Registered users only

Download (634kB)

Abstract

Rawatan materniti yang dijalankan ke atas wanita hamil dan ketika bersalin banyak melibatkan persoalan memelihara aurat dan maruah. Terdapat ketidakpuasan hati dalam kalangan wanita khasnya dan masyarakat amnya apabila bidang materniti ini dilihat seperti kurang menitikberatkan aspek memelihara maruah. Hal ini kerana ia turut melibatkan perawat daripada kalangan lelaki serta menjalankan prosedur rawatan yang dianggap melampaui batas kebenaran membuka aurat. Justeru, kajian ini akan menganalisis persoalan ini dari perspektif maqasid al-syari’ah dengan mengambil kira faktor keperluan perubatan. Analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian dokumen terhadap manual dan garis panduan umum rawatan materniti serta temu bual bersama perawat dalam bidang obstetrik dan ginekologi (O&G). Hasil daripada analisis ini mendapati bahawa manual dan garis panduan umum rawatan materniti di Malaysia telah mengambil kira aspek hifz al-‘ird dengan mengutamakan menjaga privasi dalam setiap prosedur rawatan yang dilakukan. Meskipun begitu, dari aspek aplikasinya, perincian terhadap elemen maslahah dan mafsadah dalam setiap prosedur rawatan diperlukan bagi melihat konsep hifz al-‘ird diaplikasikan menurut pemakaian yang selaras dengan maqasid al-syari’ah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 10 Nov 2020 03:18
Last Modified: 10 Nov 2020 03:18
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1182

Actions (login required)

View Item View Item