Program pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Razi, Y. and Daud, I. and Hamdan, A. and Abdulsoma, T. and Nor Hayati, S. and Ibrahim, M. (2016) Program pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. In: “THE 2 nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL BUSINESS & SOCIAL ENTREPRENEURSHIP, 13-14 Mac 2016, KOH SAMUI THAILAND.

[img] Text
FH03-PPI-16-05578.pdf
Restricted to Registered users only

Download (220kB)
[img] Text
FH03-PPI-16-05579.pdf
Restricted to Registered users only

Download (65kB)

Abstract

Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarkat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini berfokus di sebuah perkampungan nelayan iaitu Teluk Ketapang. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah di sini untuk berteduh waktu musim tengkujuh sebelum meneruskan pelayaran ke Kamboja bertujuan berdagang dan belajar. Hasil daripada itu, nama ini di ambil daripada nama asal kampung nelayan Bugis di Riau. Ia berada kir-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kamupung ini dikelilingi oleh Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong, Kampung Bukit Tok Beng dan Kampung Telada Batin. Penduduk kampung ini mempunyai 3452 orang yang terdiri daripada tujuh kategori pekerjaan iaitu bekerja kerajaan (543 orang), petani dan nelayan (616 orang), suri rumah (410 orang), pesara (78 orang) dan penganggur (16 orang) hasil selidikan pada tahun 2010. Hasil daripada data yang dijunjukan didapati ia belaku tidakseimbangan pendapatan isi rumah mengikut jenis pekerjaan. semua ketahuai bahawa masyarakat komuniti persisir barada pada kedudukan istimewa dalam sejarah hidup penduduk pantai timur. Mereka pernah mejadi pedagang dan pelaut, di samping melibatkan diri sebagai nelayan, petani serta pertukangan kraftangan. Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, proses modenisasi yang pesat telah memberi kesan mendalam ke atas masyarakat ini. Akhir-akhir ini banyak program yang telah di laksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Namun begitu, terdapat juga kumpulan yang terus tercicir dari arus pembangunan. Di sebalik pelbagai bantuan subsidi dan projek pembangunan yang disasarkan kepada kumpulan miskin, mereka masih daif dan tidak mendapat manfaat sepenuhnya. Antara faktor utama projek yang telah dijalankan tidak mencapai objektif adalah kerana ia tidak menepati keperluan kumpulan sasar dan kurang peka terhadap ajaran agama Islam. Oleh itu, Malalui kajian yang telah dibuat dengan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam, Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Perikanan Negeri Terenganu bergabung untuk melihat suatu perubahan yang akan melonjak kesedaran masyarakat kearah positif. Kajian ini menggunakan metodologi analisis persampelan, instrument kajian, Pengumpulan data analisis data yang telah dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu analisi situasi dan keperluan komuniti, merancang projek pembangunan berdasarkan keperluan, pelaksanaan projek pembangunan dan penilian kesan projek keatas kumpulan sasar. Harapan semoga kajian ini boleh mengubah sosioekonomi melalui kesedaran agama menjadi asas pembangunan sosioekonomi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 10 Nov 2020 00:55
Last Modified: 10 Nov 2020 07:16
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1150

Actions (login required)

View Item View Item