Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Mahyuddin, Ismail and Jahid, Hj Sidek (2017) Pembangunan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari. In: 2nd Nusantara Conference On Medical Issues From Islamac Perspective, 17 September 2017, TH Hotel Terengganu.
Text
FH03-INSPIRE-18-12573.pdf Restricted to Registered users only Download (151kB) |
Abstract
Pengenalan Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama ada pengamal tersebut benarbenar menggunakan kaedah yang dibenarkan syara atau tidak. Objektif Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu standard pengukuran patuh syariah yang akan digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengukur dan menilai tahap pematuhan syariah dalam kalangan pengamal PT&K khususnya pengamal pengubatan Islam. Kaedah Pembangunan standard pengukuran ini mengaplikasi instrumen-instrumen penyelidikan yang lazimnya digunakan dalam pembentukan domain dan indikator dengan menjadikan model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation & Evaluation) sebagai kerangka gerak kerja. Instrumen pengukuran ini menjalani proses validasi bersama pakar dalam PT&K sebelum diuji pakai ke atas 16 responden yang merupakan pengamal PT&K yang berdaftar secara sukarela dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Keputusan Sebanyak 8 domain telah dikenal pasti iaitu bacaan ruqyah, amalan perawat, kaedah rawatan, kaedah mengesan penyakit, bahan rawatan, tingkah laku dan etika perawat, latar belakang pendidikan perawat dan pengalaman perawat. Kajian ini turut menetapkan tahap ujian dan kaedah pengiraan skor. Kesimpulan Melalui instrumen pengukuran ini, proses penapisan dan penilaian tahap patuh syariat seseorang pengamal PT&K dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Instrumen ini juga menjadi pelengkap kepada Indeks Patuh Syariah Pengubatan Islam (I-SYIFA) yang dirancang untuk dikuatkuasakan oleh pihak JAKIM dan BPTK.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc R Medicine > R Medicine (General) |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 10 Nov 2020 00:51 |
Last Modified: | 10 Nov 2020 00:51 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1149 |
Actions (login required)
View Item |