Kerohanian Islam: Penghayatan Dari Sudut Amalannya

Nur Najihah, Ismail and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar (2017) Kerohanian Islam: Penghayatan Dari Sudut Amalannya. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 9 October 2017, INSPIRE UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12574.pdf
Restricted to Registered users only

Download (275kB)

Abstract

Penyataan masalah kajian: Remaja sering dikaitkan dengan masalah-masalah yang melibatkan akhlak. Hal ini disebabkan oleh kurangnya nila-nilai kerohanian Islam dalam diri seseorang. Masalah ini berpunca apabila melakukan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian tanpa menghayati setiap amalan yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Objektif kajian: Kajian ini bertujuan mengenapasti aplikasi amalan kerohanian dalam kalangan pelajar di institusi pengajian pondok di Terengganu. Metodologi kajian: Kajian ini berbentuk kualitatif. Data-data dikumpul menerusi teknik temubual dan analisis dokumen. Temubual yang dijalankan melibatkan pengurusan institusi pengajian pondok. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian: Kajian mendapati terdapat lima jenis amalan kerohanian yang diamalkan di institusi pengajian pondok di Terengganu. Amalan tersebut ialah bacaan al-Quran, bacaan zikir, amalan-amalan sunat, majlis tafakkur dan majlis ta’alim bersama guru. Rumusan: Kajian menyimpulkan setiap amalan kerohanian yang diamalkan di institusi pengajian pondok jika diamalkan secara berterusan oleh para pelajar, mampu memberi kesan yang positif terutamanya dalam pembentukan sahsiah diri pelajar. Selain itu, penghayatan nilai kerohanian juga perlu dalam kehidupan. Apabila nilai kerohanian dihayati dengan baik, maka unsur-unsur negatif terutamanya dalam pembentukan akhlak dapat dielakkan. Remaja yang berakhlak mulia mampu menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 10 Nov 2020 00:46
Last Modified: 10 Nov 2020 00:46
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1148

Actions (login required)

View Item View Item