Terapi Tauhid dan Praktis Amalannya dalam Tarekat Shādhuliyyah di Malaysia

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Nurul Aarifah, Musa (2017) Terapi Tauhid dan Praktis Amalannya dalam Tarekat Shādhuliyyah di Malaysia. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization (ICIC2017), 9 October 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12577.pdf
Restricted to Registered users only

Download (505kB)

Abstract

Terapi tauhid merupakan suatu proses pemantapan rohani dan pembinaan peribadi yang dipraktis oleh para salik dalam perjalanan mencapai keredhaan Tuhan. Melalui prinsip utama penghayatan dan peneguhan akidah tauhid, para pengamal ditugaskan beberapa amalan dengan panduan seorang guru mursyid. Artikel ini mengutarakan sebahagian aspek penerapan nilai tauhid yang diketengahkan oleh salah seorang guru rantaian Tarekat Shadhuliyyah, iaitu Shaykh Ibn ‘Aṭa’Allah al-Sakandarī. Praktik penghayatan konsep tersebut dikenal pasti dilaksanakan dalam tarekat Shadhuliyyah di Terengganu. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti elemen penghayatan tauhid daripada sumber primer kitab al-Ḥikam karya tokoh. Penelitian praktikalnya menerusi temu bual pengamal tarekat Shadhuliyyah yang merupakan muqaddim institusi tersebut di Negeri Terengganu. Kajian mendapati penghayatan nilai tauhid yang diterapkan tokoh bermula dengan kembalinya seseorang salik kepada Allah, diikuti sikap berharap dan berserah sepenuhnya kepada urus tadbir Allah SWT tanpa mengabaikan amalan dan tuntutan yang disyariatkanNya. Praktik pelaksanaannya dalam tarekat Shadhuliyyah bermula dengan baiah taḥkim, pengajian ilmu dan beramal dengan bacaan wirid dan khalwah. Kajian menyimpulkan bahawa amalan penghayatan tauhid yang dilaksanakan dengan tekun serta bertepatan panduan yang digariskan guru mursyid merupakan antara alternatif terbaik bagi memupuk kesejahteraan manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 10 Nov 2020 00:32
Last Modified: 10 Nov 2020 00:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1144

Actions (login required)

View Item View Item