Dimensi Fanā’ Dalam Menangani Stres

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Nur Syazana, Adam (2017) Dimensi Fanā’ Dalam Menangani Stres. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 9 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12578.pdf
Restricted to Registered users only

Download (521kB)

Abstract

Fanā’ menurut disiplin ilmu tasawuf ialah suatu pengalaman kerohanian merujuk kepada tumpuan ingatan yang kuat hanya tertumpu kepada kebesaran serta keagungan Allah SWT. Hal tersebut dikukuhkan lagi dengan luntur perasaan kebergantungan hati terhadap selain daripada Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep fanā’ yang terdapat dalam disiplin ilmu tasawuf dan keupayaannya untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh individu dalam kalangan masyarakat Islam kini. Kajian kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Dalam metode pengumpulan data, kajian telah menggunakan kaedah temu bual dengan para pengamal tarekat sufi di sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kesemua data yang diperolehi dalam kajian dianalisis berdasarkan metode induktif dan deduktif untuk menghasilkan dapatan penyelidikan. Kajian mendapati bahawa konsep fanā’ menurut pandangan pengamal tarekat sufi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mampu untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh individu. Ini kerana kebergantungan hati hanya tertumpu kepada Allah SWT hingga setiap masalah yang menimpa mampu dipandang dari sudut positif dan yakin mempunyai penyelesaiannya. Kajian merumuskan bahawa konsep fanā’ mempunyai implikasi positif dalam kehidupan seharian yang berperanan sebagai terapi rohani dalam mengurangkan stres.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 08:40
Last Modified: 09 Nov 2020 08:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1141

Actions (login required)

View Item View Item