Konsep Ilmu dan Amal dalam Tasawuf

Mohd Shaifulbahri, Abdullah and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar (2017) Konsep Ilmu dan Amal dalam Tasawuf. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 8 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-12580.pdf
Restricted to Registered users only

Download (367kB)

Abstract

Konsep ilmu dan amal adalah suatu perkara yang utama diberi penekanan dalam disiplin ilmu tasawuf. Ilmu yang difokuskan dalam kontek disiplin ilmu tasawuf adalah merujuk kepada keyakinan hati dan peningkatan keyakinan hati dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik. Ia juga diistilahkan sebagai hal hati yang berubah-ubah yang berlaku kepada seseorng pengamal tasawuf sehingga sampai ke peringkat hal hati tersebut bersebati dalam diri seseorang dan tidak lagi berubah-ubah dan ia diistilah sebagai maqam hati. Amal pula merujuk kepada tingkahlaku dan perbuatan zahir yang menjadi kesan kepada perubahan hati yang dimiliki seseorang. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan ilmu dan amal yang dibincangkan dalam disiplin ilmu tasawuf terhadap perubahan hati seseorang pengamal tasawuf serta mengenalpati hubungkait antara ilmu dan amal dalam usaha menjadikan seseorang itu sebagai insan muhsin iaitu kemuncak perjalanan kerohanian seseorang hamba kepada keredaan Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan menggunakan pelbagai sumber disiplin ilmu tasawuf. Kajian mendapati bahawa ilmu dan amal merupakan elemen-elemen penting dalam disiplin ilmu tasawuf merupakan asas penting yang tidak boleh ditinggalkan seseorang yag ingin mencapai peningkatan tauhid kepada Allah s.w.t. Ini adalah kerana semua ilmu dan amalan diterapkan dalam disiplin ilmu tasawuf adalah bertujuan supaya wujudnya penghayatan tauhid kepada Allah s.w.t. yang merupakan tonggak utama dalam akidah ahli sunnah wal jama`ah. Tanpa penghayatan tauhid, pegangan akidah diyakini hanya menjadi suatu kepercayaan yang hambar, tidak kuat untuk menuntun pemiliknya ke arah kesempurnaan kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh itu, perlu dijelaskan bahawa ilmu dan amal bukan sekadar ilmu yang merujuk kepada pengetahuan semata-mata dan bukan pula sekadar amalan yang merujuk kepada amalan pergerakan anggota badan sahaja tanpa hubungan dengan perubahan sifat hati.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 08:33
Last Modified: 09 Nov 2020 08:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1138

Actions (login required)

View Item View Item