Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Shahrizal, Mahpol and Mohd Rizal, Mohd Abdan (2017) Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization (ICIC 2017), 8 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12658.pdf
Restricted to Registered users only

Download (454kB)

Abstract

Salah seorang tokoh bidang spiritual terkenal pada kurun ke 5 Hijrah yang banyak menghasilkan karya dari berbagai disiplin ilmu Islam ialah ‘Abd al-karim bin Hawazin al-Qushayri (w. 465H). Beliau juga merupakan seorang ulama’ sufi yang sangat lantang memperjuangkan ketulinan ajaran spiritual dari doktrindoktrin menyeleweng yang banyak berlaku pada zamannya. Justeru, artikel ini cuba mengetengahkan latarbelakang beliau dan sumbangannya menerapkan nilai spiritual dalam berbagai disiplin ilmu Islam melalui karya-karya yang dihasilkan. Kajian berdasarkan analisis kandungan teks (content analysis) yang menjurus kepada penyelidikan keperpustakaan dan memfokuskan kepada analisis kandungan karya-karya alQushayri yang berkaitan sahaja. Kajian mendapati salah satu keistimewaan yang terdapat dalam beberapa karya-karya terpilih beliau ialah pendekatannya dalam mengintegrasikan antara ilmu syariat dan hakikat. Kajian mendapati beliau merupakan pelopor dalam menerapkan nilai-nilai spiritual Islam dalam disiplin ilmu tauhid dan ilmu nahu. Dalam bidang tafsir pula beliau telah memperkenalkan metod pentafsiran secara simbolik atau lebih dikenali sebagai tafsīr ishāriy melalui karyanya berjudul “Laṭā’if al-Ishārāt”. Usaha beliau telah menjadikan pengajian ilmu-ilmu Islam lebih bersifat integratif dan bersepadu. Pendekatan yang beliau perkenalkan ini, telah menjadikan beliau terkenal dalam kalangan ulama’ sebagai tokoh ilmuan sufi yang menggabungkan antara ilmu syariat dan hakikat (al-jāmi‘ bayna al-syarī’ah wa al-haqīqah). Kajian menyimpulkan bahawa, pendekatan yang diperkenalkan oleh al-Qushayri hendaklah dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menerapkan nilai-nilai spiritual dalam subjek pengajian Islam di setiap peringkat pengajian di Malaysia. Apabila nilai-nilai tersebut dihayati dengan sebaiknya maka ia akan melahirkan insan yang seimbang dari aspek zahir dan batin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 04:14
Last Modified: 09 Nov 2020 04:14
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1079

Actions (login required)

View Item View Item