Uslub al-Hakim Sebagai Satu Elemen Ketinggian Bahasa al-Quran dan Petunjuk Ibrah Quraniyyah dalam Komunikasi

Mohd Shahrizal, Nasir (2017) Uslub al-Hakim Sebagai Satu Elemen Ketinggian Bahasa al-Quran dan Petunjuk Ibrah Quraniyyah dalam Komunikasi. In: The 2nd International Conference on Religion and Society 2017, 22 August 2017, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
FH03-FBK-18-12660.pdf
Restricted to Registered users only

Download (614kB)

Abstract

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk sekalian manusia. Al-Quran memiliki keistimewaan yang luar biasa dan tidak sama sekali dapat ditandingi oleh sebarang bentuk penulisan sama ada dari sudut gaya bahasa, mahupun isi kandungannya. Antara ciri-ciri kehebatan al-Quran ialah ia mengandungi elemen al-i„jaz (mukjizat) dan al-tahaddiy (cabaran). Aspek al-i„jaz yang menjadi perbincangan utama para ulama ialah yang melibatkan gaya bahasa al-Quran. Hal ini dikenali sebagai al-i„jaz al-bayaniy atau al-i„jaz al-lughawiy atau al-i„jaz al-balaghiy. Kertas kerja ini akan menghuraikan satu bentuk gaya bahasa (uslub) al-Quran iaitu Uslub al-Hakim. Gaya bahasa ini dilihat sebagai antara contoh jelas membuktikan kewujudan al-i„jaz al-bayaniy di dalam al-Quran yang secara langsung menyerlahkan ketinggian bahasa al-Quran. Beberapa ayat al-Quran yang berkaitan dengan gaya bahasa ini akan dianalisis bersandarkan kitab tafsir al-Quran bagi memahami elemen ali„jaz dari sudut bahasa pada ayat tersebut. Berdasarkan perbincangan tentang Uslub al-Hakim dalam kertas kerja ini, dapat difahami bahawa bahasa Arab yang termaktub dalam al-Quran mempunyai nilai estetika yang tinggi serta membawa petunjuk „Ibrah Qur‟aniyyah yang boleh dijadikan panduan dalam komunikasi. Kesemua ini merupakan bukti kebenaran alQuran sebagai Kalamullah yang kekal relevan menjadi panduan buat sekalian manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 04:03
Last Modified: 09 Nov 2020 04:03
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1075

Actions (login required)

View Item View Item