Sumbangan Pemikiran Al-Nadwi Dalam Pemerkasaan Sastera Islam

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Firdaus, Yahaya (2017) Sumbangan Pemikiran Al-Nadwi Dalam Pemerkasaan Sastera Islam. In: Seminar Kebangsaan Bahasa Dan Kesusasteraan Arab (SEMBARA 2017), 28 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FBK-18-12668.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Abu al-Hasan ‘Ali al-Hasani al-Nadwi merupakan seorang individu yang telah memberi sumbangan terhadap proses perkembangan dan pemerkasaan Sastera Islam. Ketokohan beliau dapat dilihat bukan sahaja berdasarkan idea-idea berbentuk teori sahaja, malah beliau turut menghasilkan karya sastera yang merupakan pengaplikasian idea yang dinyatakan olehnya tatkala berbicara tentang Sastera Islam. Makalah ini akan menghuraikan beberapa idea penting al-Nadwi tentang Sastera Islam serta jenis-jenis karya sastera yang diberi perhatian olehnya dalam usaha memperkasakan Sastera Islam secara teori dan praktis. Perbincangan dalam makalah ini dibuat berdasarkan analisis teks bahan-bahan yang berkaitan khususnya yang melibatkan al-Nadwi secara langsung. Berdasarkan perbincangan dalam makalah ini, dapat disimpulkan bahawa al-Nadwi merupakan seorang tokoh yang sangat inovatif dalam usaha menerapkan idea-idea Sastera Islam dalam banyak genre tulisannya seperti sastera nabawi (al-adab al-nabawi), sastera kanak-kanak (adab al-atfal) dan karya biografi (adab al-tarajim) dan sebagainya. Usaha murni yang dilakukan oleh al-Nadwi seharusnya menjadi contoh kepada para karyawan lain bagi menghasilkan karya sastera yang selari dengan tuntutan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 03:11
Last Modified: 09 Nov 2020 03:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1067

Actions (login required)

View Item View Item