Pembinaan Domain Falsafah Keberhutangan Islam

Ahmad Azrin, Adnan and Mohamad Izzuddin, Abdul Aziz (2017) Pembinaan Domain Falsafah Keberhutangan Islam. In: International Conference on Empowering Islamic Civilization (ICIC 2017), 10 October 2017, Auditorium Hall, Academic Building, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Text
FH03-FESP-18-12813.pdf
Restricted to Registered users only

Download (353kB)

Abstract

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani fenomena keberhutangan, jumlah kes keberhutangan sebaliknya menunjukkan peningkatan. Lebih membimbangkan apabila didapati peminjam Melayu mencatatkan jumlah hutang isi rumah yang tertinggi berbanding kaum India dan Cina, sedangkan Islam tidak menggalakkan budaya berhutang. Kenapa terjadinya masalah ini? Ia berkemungkinan besar didorong oleh ketidakfahaman tentang falsafah sebenar keberhutangan Islam. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengkaji falsafah keberhutangan yang sedia ada bagi mengemukakan beberapa domain asas falsafah keberhutangan yang sesuai untuk dipraktikkan dari sudut pandang Islam. Sebagai sebuah kajian kualitatif, kaedah analisis dokumen telah digunakan dengan menelusuri dan meneliti taksonomi falsafah keberhutangan konvensional dan Islam untuk melihat persamaan dan perbezaan intipati falsafah yang dibawa. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat lima domain asas mendasari falsafah keberhutangan Islam yang dapat dibuktikan melalui kitab-kitab karya ulama silam iaitu i) keperluan melayani kehendak, ii) berhutang mengikut tahap kemampuan, iii) pertimbangan awlawiyyat (keutamaan) dan iv) keberkatan dalam berhutang. Hasil dari perbincangan yang diketengahkan ini dapat memberi kesan dan impak kepada pembentukan indikator hutang produktif menurut perspektif syarak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 05 Nov 2020 08:23
Last Modified: 05 Nov 2020 08:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1026

Actions (login required)

View Item View Item