Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menggunakan EZ-Arabic 2.0: Pengenalan dan respons pelajar

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Fauzi, Abdul Hamid and Mohd Firdaus, Yahaya and Muhammad Sabri, Sahrir (2016) Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menggunakan EZ-Arabic 2.0: Pengenalan dan respons pelajar. In: The 2nd International Convention on Islam, Science & Education 2016, 06 Oct 2016, Malaysia.

[img] Text
FH03-FBK-17-08052.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bag1i membincangkan perihal pemanfaatan teknologi dalam proses PdP bahasa Arab, makalah ini memperkenalkan satu medium alternatif bagi pembelajaran bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Laman pembelajaran yang dikenali sebagai El-Arabic 2.0 dibina bagi membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan pemanfaatan teknologi. Proses pembinaan laman E -Arabic 2.0 ini dilaksana berdasarkan cadangan dan komentar yang diberikan oleh para pengguna laman di peringkat prototaip awalnya. Hal ini bagi memastikan El-Arabic 2.0 dapat berfungsi dengan baik. bukan sahaja mengandungi bahan yang sesuai dengan tahap pembelajaran bahasa Arab disekolah rendah, malah ia turut memenuhi keperluan semasa para penggunanya. El­ Arabic 2.0 juga dilihat mampu untuk menjadi satu medium pembelajaran bahasa Arab secara kendiri kerana ia boleh diakses melalui internet di luar ruang kelas. Selain memperkenalkan laman E -Arabic 2.0, makalah turut membincangkan respons kumpulan pelajar yang telah menggunakan laman pembelajaran ini. Respons diperolehi dan dianalisis bagi melihat tahap penerimaan pengguna laman E -Arabic 2.0 sebagai medium alternatif untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Berdasarkan analisis yang dibuat. respons pelajar amat positif khususnya melibatkan kandungan laman El-Arabic 2.0, persembahan dan minat mereka dalam menggunakan laman ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 05 Nov 2020 04:35
Last Modified: 05 Nov 2020 04:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1005

Actions (login required)

View Item View Item