Pembelajaran Nahu Arab Menggunakan Pemetaan Pintar Oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab Di UniSZA

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Fauzi, Abdul Hamid and Mohd Firdaus, Yahaya and Shaferul Hafes, Sha’ari (2016) Pembelajaran Nahu Arab Menggunakan Pemetaan Pintar Oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab Di UniSZA. In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab 2015, 18-19 Aug 2016, Bangi.

[img] Text
FH03-FBK-17-08053.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Al-Nahw al-‘Arabi merupakan suatu ilmu yang memiliki ukuran atau kaedah yang tepat dalam menentukan kesahihan sesuatu ayat bahasa Arab. Ia merupakan alat untuk memahami dan menganalisis struktur ayat sehingga tercapai faedah daripadanya. Perkara ini menjelaskan kepentingan pembelajaran ilmu Nahu dalam usaha menguasai bahasa Arab. Dalam situasi semasa, ada dalam kalangan pelajar pengajian bahasa Arab khususnya daripada kalangan bukan penutur jati yang tidak gemar untuk mempelajari nahu Arab. Persepsi negatif yang biasanya menghantui pemikiran pelajar ialah nahu Arab merupakan suatu elemen bahasa atau subjek yang kompleks dan rumit. Keadaan ini boleh ditangani sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran nahu Arab dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif. Berdasarkan realiti ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Pemetaan Pintar dalam menguasai nahu Arab oleh pelajar pengkhususan bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 22 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Mereka merupakan pelajar yang mengambil kursus Kajian Teks Siktaksis Ibn ‘Aqil (BAS3063). Kajian dijalankan melalui beberapa siri ujian untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam pembelajaran nahu Arab dengan menggunakan Pemetaan Pintar dan sebaliknya. Selain itu, kajian ini juga melibatkan soal selidik bagi mendapat respons pelajar selepas mempelajari nahu Arab dengan menggunakan Pemetaan Pintar. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan bagi tahap penguasaan pelajar terhadap nahu Arab selepas menggunakan Pemetaan Pintar. Selain itu, persepsi mereka terhadap pembelajaran nahu Arab menggunakan Pemetaan Pintar adalah amat positif dan pada tahap tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 05 Nov 2020 00:47
Last Modified: 05 Nov 2020 00:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1004

Actions (login required)

View Item View Item